Although its in Bahasa Malaysia, its one of the few articles that one can find regarding this field.
Boleh jadi buta
Khamis, 10 Februari 2011
PETALING JAYA: Tindakan orang ramai yang terburu-buru membuat cermin mata di kedai tanpa merujuk kepada ahli optometri apabila penglihatan semakin kabur boleh memberi kesan buruk kepada mata termasuk berisiko menjadi buta.
Ini kerana jarak penglihatan yang semakin kurang jelas bukan sekadar disebabkan rabun, malah ia boleh berlaku disebabkan tanda awal penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, glukoma (masalah saraf optik mata) dan katarak.
Memburukkan keadaan, sebahagian juruoptik di kedai cermin mata tidak mempunyai tauliah pendidikan dalam bidang optometri tetapi sekadar mendapatkan sijil dikenali sebagai Fellow of the Association of Dispensing Opticians (Fado) dari luar negara dengan bayaran tertentu.
Dekan Fakulti Optometri Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (Twintech), Dr Nasuha Saabin berkata, jika mengikut etika, sijil Fado hanya melayakkan mereka memotong gelas membuat cermin mata saja bukan menjalankan pemeriksaan mata menggunakan sebarang peralatan termasuk menentukan tahap kekuatan kanta cermin mata.
“Jika mata sihat dan hanya mengalami masalah rabun tidak mengapa, namun jika penglihatan itu kabur disebabkan penyakit yang masih di peringkat awal maka ia membawa kesan buruk dalam jangka panjang.
“Disebabkan penglihatan tidak jelas pesakit hanya pergi membuat cermin mata manakala juru optik yang bertugas hanya menyiapkan cermin mata kerana mereka tidak tahu langkah yang perlu diambil untuk pemeriksaan kesihatan mata,” katanya. Dr Nasuha berkata, pesakit biasanya hanya menyedari penglihatannya terjejas akibat penyakit apabila keadaan semakin parah.
“Saya tidak tahu bagaimana proses sebenar mendapatkan Fado, mungkin mereka membayar untuk menjalani latihan, tetapi ia lebih kepada membuat cermin mata bukan menjalankan pemeriksaan penuh terhadap kesihatan mata yang berkait rapat dengan keadaan tubuh badan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Beliau berkata, sudah sampai masanya kerajaan meneliti semula Akta Optik 1991 yang membenarkan juru optik yang tidak mempunyai latar belakang bidang optometri memberikan preskripsi cermin mata atau kanta sentuh.
“Perkara ini sudah lama berlarutan, sepatutnya pesakit mata perlu bertemu ahli optometri terlebih dulu, pakar optik itu kemudiannya akan mencadangkan kepada pesakit sama ada merujuk kepada pakar oftamologi yang terbabit dengan pembedahan mata atau sekadar perlu membuat cermin mata berdasarkan keputusan pemeriksaan yang dijalankan.
“Bagaimanapun perkara ini tidak berlaku, bukan saja di Malaysia tetapi banyak negara lain. Apabila penglihatan kian kabur kebiasaannya mereka terus membuat cermin mata sedangkan banyak sebab menjadi punca masalah itu,” katanya. Menurutnya, hanya terdapat 700 optometri di Malaysia berdasarkan kadar penduduk, negara memerlukan sekurang-kurang 3,000 optometri.
“Peluang kerjaya dalam bidang ini amat meluas tetapi disebabkan faktor tertentu tidak ramai anggota masyarakat yang mahu merujuk kepada mereka terlebih dulu jika menghadapi masalah penglihatan terutama rabun,” katanya.
Source : http://praya.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bolehjadibuta/Article/index_html
1 comment:
Oval glasses improved lenses can also manage this step although it is recommended that this biceps with the glasses will be hinged in the center of the spectacles body.
Post a Comment